PBSC Skim Bantuan BENCANA
SKIM BANTUAN
BENCANA
Bantuan kewangan secara one-off kepada mangsa bencana meliputi banjir/ribut/tanah runtuh/kebakaran yang disahkan oleh Pihak Berkuasa. Bantuan ini akan dibayar kepada Ketua Isi Rumah (KIR). Kadar bantuan ini adalah RM1000.00 sekaligus.
SYARAT BANTUAN
| 1. | Bantuan bencana meliputi kepada empat (4) kategori bencana iaitu : i. Banjir. ii. Ribut. iii. Tanah Runtuh. iv. Kebakaran. |
| 2. | Warganegara Malaysia berbangsa India daripada kategori B40 & M40. |
| 3. | Bantuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR). |
| 4. | Pemohon atau waris mempunyai akaun bank yang aktif. |
| 5. | Bencana yang disahkan oleh pihak berkuasa tempatan (laporan polis/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Penghulu/Ketua Kampung). |
| 6. | Kejadian bencana berlaku dalam tempoh 90 hari (berkuatkuasa pada 26 Februari 2026). |
- Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
- Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
- Slip STR/Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (terkini)
- Salinan Kad OKU / surat pengesahan OKU daripada Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
- Laporan PDRM/Pengesahan Bencana Atas Nama Pemohon
- Penyata akaun bank yang aktif