PBSC Skim Bantuan KECEMASAN SOSIAL
KECEMASAN SOSIAL

SKIM BANTUAN
KECEMASAN SOSIAL

Bantuan ini dikhususkan kepada waris / pengiring pesakit yang menerima rawatan hospital / individu yang mengalami keganasan rumahtangga / bekas banduan (prospek) yang telah bebas daripada tahanan / penghuni / bekas penghuni Anjung Singgah YKN. Kadar bantuan ini adalah RM1000.00 sekaligus.


SYARAT BANTUAN

1. (a) Waris / pengiring yang mengiringi pesakit yang menerima rawatan di hospital.
  • Waris / pengiring pesakit yang memerlukan penginapan sementara/bilik sewa di hospital.
  • Kelayakan memohon disahkan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital.
  • Tempoh penginapan waris/pengiring pesakit haruslah minima 4 hari.
  • Waris / pengiring pesakit yang tidak mendapat bilik / penginapan sementara di Anjung Kasih YKN disebabkan tiada kekosongan.
  • Waris / pengiring pesakit yang memerlukan bilik/penginapan sementara di hospital yang tidak menyediakan kemudahan penempatan sementara seperti Anjung Kasih YKN.
  (b) Individu yang mengalami keganasan rumahtangga.
  • Keutamaan kepada individu yang menjalani Sesi Intervensi melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat dan memerlukan bilik sewa / rumah penginapan.
  (c) Bekas Banduan.
  • Prospek yang telah dibebaskan daripada tahanan.
  • Keutamaan kepada prospek wanita yang menjalani intervensi melalui Program Wanita Bangkit Bersasar (WBB) dan menginap sementara (maksimum 3 bulan) di Rumah Perantaraan atau Anjung WBB di bawah penyeliaan YKN dan mereka memerlukan bilik / rumah penginapan selepas 3 bulan.
  • Bagi prospek lelaki atau wanita yang mana kes dirujuk melalui Unit Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia.
  (d) Penghuni / Bekas Penghuni Anjung Singgah YKN.
  • Keutamaan kepada individu yang mendapat perlindungan sementara di Anjung Singgah yang memerlukan bilik / rumah sewa.
2.Warganegara Malaysia berbangsa India daripada kategori B40.

3.Mempunyai akaun bank yang aktif.

4.Pengesahan kes dirujuk melalui:
  • Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital; atau,
  • Pusat Sokongan Sosial Setempat; atau,
  • Anjung WBB; atau,
  • Unit Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia; atau,
  • Anjung Singgah YKN.

  1. Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
  2. Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
  3. Slip STR/Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (terkini)
  4. Salinan Kad OKU / surat pengesahan OKU daripada Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
  5. Pengesahan Kes Dirujuk Melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital/Pusat Sokongan Sosial Setempat/Anjung WBB/Unit Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia/Anjung Singgah YKN
  6. Penyata akaun bank yang aktif