PBSC Skim Bantuan CERMIN MATA UNTUK PELAJAR DAN WARGA EMAS
CERMIN MATA UNTUK PELAJAR DAN WARGA EMAS

SKIM BANTUAN
CERMIN MATA UNTUK PELAJAR DAN WARGA EMAS

Bantuan bertujuan membantu pelajar sekolah dan warga emas membiayai pembelian cermin mata. Kadar bantuan ini adalah sehingga RM1000.00.


SYARAT BANTUAN

i.Warganegara Malaysia berbangsa India daripada kategori B40.
ii.Pelajar sekolah berumur di antara 7 tahun hingga 19 tahun / Warga Emas berumur 60 dan tahun ke atas.
iii.Pelajar sekolah berumur 19 tahun ke bawah dipohon oleh ibu/bapa/penjaga yang sah.
iv.Pengesahan keperluan penggunaan cermin mata daripada Pegawai Optometris/Pakar Mata/Pengamal Perubatan Berdaftar.
v.Pembelian cermin mata mulai 1 Jun 2026.
vi.Mempunyai akaun bank yang aktif.

  1. Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
  2. Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
  3. Slip STR/Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (terkini)
  4. Salinan Kad OKU / surat pengesahan OKU daripada Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
  5. Surat pengesahan keperluan penggunaan cermin mata daripada Pegawai Optometris/Pakar Mata/Pengamal Perubatan Berdaftar
  6. Resit/Invois/Sebutharga Pembelian Cermin Mata daripada Premis Optik yang berdaftar atas nama pemohon mulai 1 Jun 2026
  7. Penyata akaun bank yang aktif