PBSC Skim Bantuan MOBILITI & PENGANGKUTAN OKU
SKIM BANTUAN
MOBILITI & PENGANGKUTAN OKU
Bantuan diberi kepada pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu keperluan mobiliti dan pergerakan harian. Kadar bantuan ini adalah RM2000.00 sekaligus.
SYARAT BANTUAN
| i. | Warganegara Malaysia berbangsa India daripada kategori B40. |
| ii. | Berumur 18 tahun dan ke atas. |
| iii. | Individu OKU yang bekerja tetap atau bekerja sendiri. |
| iv. | Pemegang kad OKU berdaftar/ pengesahan OKU oleh Pegawai Perubatan. |
| v. | Mempunyai akaun bank yang aktif. |
- Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
- Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
- Slip STR/Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (terkini)
- Salinan Kad OKU / surat pengesahan OKU daripada Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
- Surat Pengesahan Majikan/Surat Pengesahan Elaun Pekerja Cacat (EPC) atau Elaun Pekerja OKU (EPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat, SSM (atas nama pemohon)
- Salinan penyata akaun bank (pemohon/waris).
- Penyata akaun bank yang aktif