PBSC Skim Bantuan KHAIRAT KEMATIAN
KHAIRAT KEMATIAN

SKIM BANTUAN
KHAIRAT KEMATIAN

Bantuan diberikan bagi meringankan beban kewangan membiayai kos pengurusan jenazah. Kadar bantuan ini adalah RM1500.00 sekaligus.


SYARAT BANTUAN

i.Si mati merupakan warganegara Malaysia berbangsa India.
ii.Pemohon (waris) daripada kategori B40 (berkuatkuasa pada 10 April 2026).
iii.Permohonan dikemukakan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kematian yang berlaku dalam negara (berkuatkuasa pada 26 Februari 2026).

  1. Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
  2. Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
  3. Slip STR/Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (terkini)
  4. Salinan Kad OKU / surat pengesahan OKU daripada Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
  5. Salinan MyKad Si Mati
  6. Pengesahan Kematian Si Mati
  7. Sijil Perkahwinan/Surat Beranak/Dokumen Pengesahan Waris Kepada Si Mati
  8. Penyata akaun bank yang aktif