PBSC Skim Bantuan IBU BERSALIN
SKIM BANTUAN
IBU BERSALIN
Bantuan bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu/bapa dalam menyediakan kelengkapan dan keperluan bayi yang baru lahir. Kadar bantuan ini adalah RM1000.00 sekaligus.
SYARAT BANTUAN
| i. | Warganegara Malaysia berbangsa India daripada kategori B40. |
| ii. | Berumur 18 tahun ke atas. |
| iii. | Pemohon mempunyai akaun bank yang aktif. |
| iv. | Bantuan tertakluk kepada satu (1) anak sahaja dalam satu keluarga. |
| v. | Permohonan boleh dibuat pada usia kandungan 32 minggu sehingga tempoh 2 bulan selepas bersalin (berkuatkuasa pada 16 April 2025). |
- Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
- Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
- Slip STR/Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (terkini)
- Salinan Kad OKU / surat pengesahan OKU daripada Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
- Buku Rekod Kesihatan Ibu/Pengesahan Kelahiran
- Penyata akaun bank yang aktif